Thursday, January 28, 2010

lawak KER?

Pada satu zaman dahulu kala, ada 3 orang sahabat baik. Mereka selalu
> berkepit kemana saja. Tapi ketiga-tiga mereka mempunyai kegemaran
> berlainan. Si A suka main segala jenis perempuan, si B pula suka minum
> segala jenis arak dan manakala si C pula suka segala jenis rokok dan
> benda-benda yang berasap.
>
>
> Satu hari ketiga-tiga sahabat ini berjalan-jalan ditengah-tengah padang
> pasir. Tiba-tiba ketiga-tiga mereka terjumpa dengan sebuah cerek (macam
> cerita Aladdin). Lalu salah seorang mengutipnya lalu menggosok-gosok
cerek
> tersebut. Tak semena-mena keluar asap berkepul-kepul dari corong cerek
> tersebut dan asap tersebut perlahan bertukar menjadi satu makluk yang
> menggerunkan iaitu seekor Jin yang ganas.
>
>
> Lalu jin tersebut ketawa dan berkata "Ha ha ha ha, Akulah jin aferit.
Oleh
> kerana kamu telah membebaskan aku dari cerek itu maka aku akan tunaikan
apa
> saja permintaan setiap satu dari kamu." Tiga sahabat yang pada mulanya
> panik dan takut menjadi gembira lalu termenung berfikirkan peluang dan
> kemahuan masing-masing yang mungkin sekali seumur hidup. Lalu tiap-tiap
> mereka memilih kemahuan mengikut kegemaran masing-masing.
>
>
> Berkata si A, "Aku mahu seberapa ramai perempuan muda dari berbagai
bangsa
> dari seluruh dunia dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan
ganggu
> aku selama 10 tahun" .
>
>
> Puffff, dengan sekelip mata Jin itu menyempurnakan permintaan si A.
>
> Berkata si B "Aku mahu semua jenis arak dari seluruh dunia untuk bekalan
> selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan
> ganggu aku selama 10 tahun".
>
>
> Puffff, dengan sekelip mata Jin itu menyempurnakan permintaan si B.
>
> Berkata pula si C "Aku mahu semua jenis rokok dari seluruh dunia untuk
> bekalan selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan
> jangan ganggu aku selama 10 tahun" .
>
>
> Puffff, dengan sekelip mata Jin itu menyempurnakan permintaan si C.
>
> Setelah genap 10 tahun, maka Jin tersebut muncul kembali untuk membuka
> pintu gua masing seperti mana yang di janjikan. Maka jin tersebut pergi
> membuka pintu gua si A, bila terbuka saja maka keluarlah si A dengan
> keadaan kurus melidi, berdiri pun tak boleh kerana tak larat nak gerak
> lutut sebab hari-hari projek. Tiba-tiba si A pun jatuh ketanah lalu
mati.
>
> Selepas itu Jin tersebut pergi ke gua si B, sebaik sahaja pintu dibuka,
> maka keluar si B dengan perut yang tersangat buncit kerana hari-hari
mabuk.
> Jalan pun terhuyung-hayang. Tiba-tiba si B pun jatuh ketanah lalu mati.
>
>
> Maka Jin pergi ke gua si C dan membuka pintu gua. Tiba-tiba si C keluar
> dengan keadaan sihat seperti sedia kala dan terus menampar si Jin sambil
> memaki hamun si Jin dengan berkata..............
>
>
> "BODOH PUNYA JIN, CELAKA PUNYA JIN, BARUA PUNYA JIN. BAGI AKU ROKOK TAK
> BAGI API."
>
> 10 tahun aku tunggu tak buat apa apa.

No comments:

Post a Comment