Saturday, April 3, 2010

BIODATA IMAM AS-SYAFIE

Biodata Imam Syafie

Nama dan keturunan
Abu Abdillah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Safi'e dan bertemu nasabnya dengan Nabi Muhammad dengan Abdul Manaf.

Kelahiran
Lahir pada tahun 150 H di Ghozah dan ibunya membawa beliau ke Mekah setelah beliau berusia 2 tahun dan dari ibunya tersebut beliau belajar al Qur'an.

Guru-guru
Antara guru-guru beliau adalah bapa saudara beliau sendiri Muhammad bin Ali kemudian Abdul Aziz bin Majisun dan Imam Malik beliau belajar Al Muwatho'.


Kehidupan ilmiah
Pada usia 10 tahun beliau belajar Bahasa Arab dan syair hingga beliau menguasainya. Kemudian belajar fiqh , hadis dan al Quran daripada Ismail bin Qostantin. Kemudian menghafal Muwatho' dan memperdengarkannya kepada pengarangnya sendiri Imam Malik. Imam Muslim bin Kholid mengizinkan beliau berfatwa ketika beliau berusia 10 tahun atau kurang dari itu. Mempelajari Muhammad bin Hasan ilmu fiqh. Imam Malik melihat kekuatan dan kecerdasan beliau sehingga memuliakan dan menjadikan Syafie sebagai orang kanannya.


Murid-murid
Diantara murid beliau adalah Imam Ahmad, Khumaidi, Abu Ubaid, Al Buthi, Abu Staur dan banyak lagi.


Peranan dalam membela sunnah
Beliau memiliki kedudukan tersendiri yang membezakan antara ahlul hadis yang lain. Beliaulah yang meletakkan kaedah-kaedah periwayatan sunnah dan memiliki beberapa pendapat yang berbeza dengan Imam Malik dan Abu Hanifah, iaitu bahawa sebuah hadis apabila sahih maka wajib mengamalkannya walaupun tidak dilakukan oleh Ahlul Madinah (seperti yang disyararatkan oleh Imam Malik dan Abu Hanifah). Oleh sebab inilah beliau diberi gelaran nasirussunnah (penolong sunnah).Beliau tidaklah dapat diingkari oleh mana-mana ulamak yang menulis mustholah hadis dan pembahasan sunnah serta kitab usul bahkan kesemua mereka mengikuti sahaja kaedah yang ditulis oleh Imam Syafie.


Asas pendapat beliau
Asas pendapat beliau sebagaimana pendapat imam yang lain adalah beramal dengan kitab dan sunnah serta ijma'. Kelebihan beliau adalah beramal dengan kitab dan sunnah seta ijma' lebih luas dari pada Imam Malik dan Abu Hanifah kerana beliau menerima hadis ahad.

Perkataan ulamak tentang beliau
Para ulamak ahlul hadis pada zaman ini apabila berkata maka mereka berkata menggunakan perkataan Imam Syafie. Imam Ahmad berkata, "Tidaklah ada orang yang menyentuh pena dan tinta kecuali as Syafie dan tidaklah kita mengetahui sesuatu yang menyeluruh dari tafsir dan nasikh mansukh dari hadis kecuali setelah duduk bersama Imam Syafie."

Ahmad bin Hanbal pernah berkata pada Ishaq bin Rokhuyah "Ayuh ke mari aku tunjukkan kepadamu seorang lelaki yang engkau belum pernah melihat sepertinya maka dia membawaku kepada Imam Syafie."


Perkataan imam syafi'i
Barangsiapa belajar al Quran maka ia akan agung pada pandangan manusia. Barangsiapa yang belajar hadis akan kuat hujahnya. Barangsiapa yang belajar nahu maka dia akan dicari. Barangsiapa yang belajar Bahasa Arab akan lembut tabiatnya. Barangsiapa yang belajar ilmu hisab akan banyak fikirannya. Barangsiapa belajar fiqh akan tinggi kedudukannya. Barangsiapa yang tidak mampu menahan dirinya maka tidak bermanfaat ilmunya dan inti dari itu semua adalah taqwa.

Cinta dari pandangan Imam Al-Syafie:

Imam Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama.

Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya: “Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan".

“Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.”

“Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku."

“Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.”

Imam Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitulah sebaliknya.

Katanya: “Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.

“Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.

“Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan.

“Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

“Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.

“Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.”

Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan.

Imam Syafie dalam hal ini berkata: “Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.

“Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

“Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”


Pemergian beliau
Beliau meninggal dunia pada tahun 204 H setelah memenuhi dunia dengan ilmu dan ijtihad beliau dan memenuhi hati-hati manusia dengan cinta dan kecenderungan kepada beliau.

Disunting oleh Fakhrul Ridzha b Abd Rahman dari manaqib Imam Syafie.

No comments:

Post a Comment