Saturday, April 3, 2010

LARANGAN-LARANGAN TERRHADAP AMALAN PERBUATAN DAN KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN
1) Mandi setelah makan.2) Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesahdan berdukacita.3) Berada dalam keadaan terlalu lapar.4) Berjaga malam selain dari qiamullail.5) Memakan daging yang tidak disembelihmengikut hukum Islam.
FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGATUBUH BADAN
1) Memakan daging.2) Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.3) Banyak mandi yang bukan dari mandi keranajimak.4) Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat darikapas.5) Mandi dalam keadaan perut yang sederhana,tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.6) Memakan makanan yang agak manis.
FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKANPENYAKIT
1) Bercakap banyak.2) Tidur banyak.3) Makan banyak.
FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN
1) Sentiasa berada dalam dukacita dan keluhkesah.2) Banyak minum air yang bercampur dengan airliur kita sendiri.3) Banyak memakan makanan yang serba masam.
SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT
1) Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan kedalam air sejuk (masak).2) Sentiasa meminum air lebihan (baki) dariwuduk.
BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL
1) Tinggalkan dari bercakap kosong.2) Sentiasa bersugi.3) Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.
MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUHLALAT KE DALAMNYA, MAKANLAH, JANGANDIBUANG
Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atauminuman, hendaklah anda tenggelamkankeseluruhan badannya kedalam makanan atau minuman itu, kemudianambil dan buangkan lalat itu. Ianya tidak racunlagi/sudah selamat digunakan.
Ingat, jangan membazir, orang yang membazir ituadalah saudara atau sahabat syaitan.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADAMENJADI PELUPA/MELEMAHKAN DAYAINGATAN DAN KEFAHAMAN
1) Melihat pekara-pekara yang haram.2) Membuang air kecil semasa sedangmenggosok gigi.3) Meminum minuman atau memakan makananyang bercampur semut.4) Tidak membaca Al-Quran.5) Meminum atau memakan yang haram atauyang diperolehi dengan cara yang haram.6) Mengumpat dan mengata.7) Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.8) Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).9) Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.10) Sentiasa berada dalam keluh kesah ataudukacita.
LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN
1) Di larang keras tidur selepas makan keranamendatangkan keras hati.2) Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah.3) Sebaik-baik hendaklah bersembahyangselepasnya supaya makanan mudah hadam.
SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKANKESIHATAN UNTUK BADAN SEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU-WAKTU BERIKUT:
1) Selepas bersenam, bersukan atau melakukankerja-kerja berat.2) selepas makan atau sebelumnya.3) Ketika sedang makan.4) Selepas memakan buah-buahan.5) Selepas keluar dari bilik mandi.6) Ketika terjaga dari tidur.
CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYADIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.
1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikansembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengankeadaan berwuduk.2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk danbersembahyang tahajjud.3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlahsebelum terbit fajar.4) Tidurlah dengan mengiringkan badan disebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas,supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus,cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian darimula hingga akhirnya.
WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKANTIDUR
1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari.2) Selepas masuk waktu Asar.3) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.
BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI
Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaancuaca yang panas kerana:1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.2) Merosakkan warna kulit.3) Melemahkan jantung.4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenagasyahwat.6) Melemahkan kecerdasaan akal.
CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPASBANGKIT DARI TIDUR
1) Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka,tangan dan kaki sebelum masuk tidur.2) Hindarkan dari tidur lewat malam.3) Lakukan gerak badan dan senaman di ataskatil setelah jaga dari tidur sebelum turun darikatil.4) Minumlah segelas air masak setiap pagisebelum bersarapan tetapi jangan selepas sajabangun dari tidur.5) Cucilah muka terutama bahagian kelopak matadengan air suam.6) Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.
PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKANTENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA
1) Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.2) Banyak minum air di waktu pagi.3) Banyak memakan atau meminum yang sebamasam.
SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKITJANTUNG
1) Merokok yang berterusan.2) Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).3) Kurang tidur.4) Sentiasa mandi di tengah malam.5) Melakukan kerja secara berterusan.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADALEMAH DAYA PENGLIHATAN
1) Melihat kepada benda-benda kotor.2) Melihat kepada palang/salib.3) Duduk dengan membelakangkan kiblat.4) Berpagi dan berpetang dengan muka yangmuram.5) Banyak menangis.

''...Allah matlamat kaMi, Rasulullah pemimpinkaMi, Al-Quran peGangan kaMi, maTi sYahid ciTa-ciTa kaMi...''

No comments:

Post a Comment