Saturday, April 3, 2010

LARANGAN-LARANGAN TERRHADAP AMALAN PERBUATAN DAN KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN
1) Mandi setelah makan.2) Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesahdan berdukacita.3) Berada dalam keadaan terlalu lapar.4) Berjaga malam selain dari qiamullail.5) Memakan daging yang tidak disembelihmengikut hukum Islam.
FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGATUBUH BADAN
1) Memakan daging.2) Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.3) Banyak mandi yang bukan dari mandi keranajimak.4) Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat darikapas.5) Mandi dalam keadaan perut yang sederhana,tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.6) Memakan makanan yang agak manis.
FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKANPENYAKIT
1) Bercakap banyak.2) Tidur banyak.3) Makan banyak.
FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN
1) Sentiasa berada dalam dukacita dan keluhkesah.2) Banyak minum air yang bercampur dengan airliur kita sendiri.3) Banyak memakan makanan yang serba masam.
SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT
1) Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan kedalam air sejuk (masak).2) Sentiasa meminum air lebihan (baki) dariwuduk.
BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL
1) Tinggalkan dari bercakap kosong.2) Sentiasa bersugi.3) Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.
MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUHLALAT KE DALAMNYA, MAKANLAH, JANGANDIBUANG
Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atauminuman, hendaklah anda tenggelamkankeseluruhan badannya kedalam makanan atau minuman itu, kemudianambil dan buangkan lalat itu. Ianya tidak racunlagi/sudah selamat digunakan.
Ingat, jangan membazir, orang yang membazir ituadalah saudara atau sahabat syaitan.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADAMENJADI PELUPA/MELEMAHKAN DAYAINGATAN DAN KEFAHAMAN
1) Melihat pekara-pekara yang haram.2) Membuang air kecil semasa sedangmenggosok gigi.3) Meminum minuman atau memakan makananyang bercampur semut.4) Tidak membaca Al-Quran.5) Meminum atau memakan yang haram atauyang diperolehi dengan cara yang haram.6) Mengumpat dan mengata.7) Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.8) Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).9) Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.10) Sentiasa berada dalam keluh kesah ataudukacita.
LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN
1) Di larang keras tidur selepas makan keranamendatangkan keras hati.2) Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah.3) Sebaik-baik hendaklah bersembahyangselepasnya supaya makanan mudah hadam.
SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKANKESIHATAN UNTUK BADAN SEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU-WAKTU BERIKUT:
1) Selepas bersenam, bersukan atau melakukankerja-kerja berat.2) selepas makan atau sebelumnya.3) Ketika sedang makan.4) Selepas memakan buah-buahan.5) Selepas keluar dari bilik mandi.6) Ketika terjaga dari tidur.
CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYADIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.
1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikansembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengankeadaan berwuduk.2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk danbersembahyang tahajjud.3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlahsebelum terbit fajar.4) Tidurlah dengan mengiringkan badan disebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas,supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus,cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian darimula hingga akhirnya.
WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKANTIDUR
1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari.2) Selepas masuk waktu Asar.3) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.
BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI
Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaancuaca yang panas kerana:1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.2) Merosakkan warna kulit.3) Melemahkan jantung.4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenagasyahwat.6) Melemahkan kecerdasaan akal.
CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPASBANGKIT DARI TIDUR
1) Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka,tangan dan kaki sebelum masuk tidur.2) Hindarkan dari tidur lewat malam.3) Lakukan gerak badan dan senaman di ataskatil setelah jaga dari tidur sebelum turun darikatil.4) Minumlah segelas air masak setiap pagisebelum bersarapan tetapi jangan selepas sajabangun dari tidur.5) Cucilah muka terutama bahagian kelopak matadengan air suam.6) Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.
PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKANTENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA
1) Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.2) Banyak minum air di waktu pagi.3) Banyak memakan atau meminum yang sebamasam.
SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKITJANTUNG
1) Merokok yang berterusan.2) Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).3) Kurang tidur.4) Sentiasa mandi di tengah malam.5) Melakukan kerja secara berterusan.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADALEMAH DAYA PENGLIHATAN
1) Melihat kepada benda-benda kotor.2) Melihat kepada palang/salib.3) Duduk dengan membelakangkan kiblat.4) Berpagi dan berpetang dengan muka yangmuram.5) Banyak menangis.

''...Allah matlamat kaMi, Rasulullah pemimpinkaMi, Al-Quran peGangan kaMi, maTi sYahid ciTa-ciTa kaMi...''

BIODATA IMAM AS-SYAFIE

Biodata Imam Syafie

Nama dan keturunan
Abu Abdillah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Safi'e dan bertemu nasabnya dengan Nabi Muhammad dengan Abdul Manaf.

Kelahiran
Lahir pada tahun 150 H di Ghozah dan ibunya membawa beliau ke Mekah setelah beliau berusia 2 tahun dan dari ibunya tersebut beliau belajar al Qur'an.

Guru-guru
Antara guru-guru beliau adalah bapa saudara beliau sendiri Muhammad bin Ali kemudian Abdul Aziz bin Majisun dan Imam Malik beliau belajar Al Muwatho'.

Kehidupan ilmiah
Pada usia 10 tahun beliau belajar Bahasa Arab dan syair hingga beliau menguasainya. Kemudian belajar fiqh , hadis dan al Quran daripada Ismail bin Qostantin. Kemudian menghafal Muwatho' dan memperdengarkannya kepada pengarangnya sendiri Imam Malik. Imam Muslim bin Kholid mengizinkan beliau berfatwa ketika beliau berusia 10 tahun atau kurang dari itu. Mempelajari Muhammad bin Hasan ilmu fiqh. Imam Malik melihat kekuatan dan kecerdasan beliau sehingga memuliakan dan menjadikan Syafie sebagai orang kanannya.

Murid-murid
Diantara murid beliau adalah Imam Ahmad, Khumaidi, Abu Ubaid, Al Buthi, Abu Staur dan banyak lagi.

Peranan dalam membela sunnah
Beliau memiliki kedudukan tersendiri yang membezakan antara ahlul hadis yang lain. Beliaulah yang meletakkan kaedah-kaedah periwayatan sunnah dan memiliki beberapa pendapat yang berbeza dengan Imam Malik dan Abu Hanifah, iaitu bahawa sebuah hadis apabila sahih maka wajib mengamalkannya walaupun tidak dilakukan oleh Ahlul Madinah (seperti yang disyararatkan oleh Imam Malik dan Abu Hanifah). Oleh sebab inilah beliau diberi gelaran nasirussunnah (penolong sunnah).Beliau tidaklah dapat diingkari oleh mana-mana ulamak yang menulis mustholah hadis dan pembahasan sunnah serta kitab usul bahkan kesemua mereka mengikuti sahaja kaedah yang ditulis oleh Imam Syafie.

Asas pendapat beliau
Asas pendapat beliau sebagaimana pendapat imam yang lain adalah beramal dengan kitab dan sunnah serta ijma'. Kelebihan beliau adalah beramal dengan kitab dan sunnah seta ijma' lebih luas dari pada Imam Malik dan Abu Hanifah kerana beliau menerima hadis ahad.

Perkataan ulamak tentang beliau
Para ulamak ahlul hadis pada zaman ini apabila berkata maka mereka berkata menggunakan perkataan Imam Syafie. Imam Ahmad berkata, "Tidaklah ada orang yang menyentuh pena dan tinta kecuali as Syafie dan tidaklah kita mengetahui sesuatu yang menyeluruh dari tafsir dan nasikh mansukh dari hadis kecuali setelah duduk bersama Imam Syafie."

Ahmad bin Hanbal pernah berkata pada Ishaq bin Rokhuyah "Ayuh ke mari aku tunjukkan kepadamu seorang lelaki yang engkau belum pernah melihat sepertinya maka dia membawaku kepada Imam Syafie."

Perkataan imam syafi'i
Barangsiapa belajar al Quran maka ia akan agung pada pandangan manusia. Barangsiapa yang belajar hadis akan kuat hujahnya. Barangsiapa yang belajar nahu maka dia akan dicari. Barangsiapa yang belajar Bahasa Arab akan lembut tabiatnya. Barangsiapa yang belajar ilmu hisab akan banyak fikirannya. Barangsiapa belajar fiqh akan tinggi kedudukannya. Barangsiapa yang tidak mampu menahan dirinya maka tidak bermanfaat ilmunya dan inti dari itu semua adalah taqwa.

Cinta dari pandangan Imam Al-Syafie:

Imam Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama.

Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya: “Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan".

“Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.”

“Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku."

“Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.”

Imam Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitulah sebaliknya.

Katanya: “Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.

“Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.

“Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan.

“Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

“Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.

“Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.”

Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan.

Imam Syafie dalam hal ini berkata: “Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.

“Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

“Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”

Pemergian beliau
Beliau meninggal dunia pada tahun 204 H setelah memenuhi dunia dengan ilmu dan ijtihad beliau dan memenuhi hati-hati manusia dengan cinta dan kecenderungan kepada beliau.

Disunting oleh Fakhrul Ridzha b Abd Rahman dari manaqib Imam Syafie.

MERESAI KEMANISAN IMAN

Dalam kehidupan setiap umat telah diberikan nikmat iman oleh Allah swt. Dalam mencari kedamaian dan keharmonian hidup seharian,sebagai umat Islam kita mestilah mempunyai prinsip yang murni dan sihat. Tingkatan kenikmatan dan kemanisan iman yang dikecapi oleh seseorang bergantung kepada prinsip hidupnya iaitu kasih kepada Allah dan Rasul-Nya mengatasi segala-galanya disamping kasih kepada manusia,dengan tujuan menuntut keredhaan Allah dan benci kepada kekufuran. Sebagai manusia yang beriman,perkara kekufuran tidak seharusnya berlaku dalam kehidupan di dunia ini.Manusia yang tidak beriman akan selalu lupa kepada nikmat ciptaan Allah terhadapnya. Manusia yang tidak bersyukur akan menjadi kufur dan lupa akan tujuan mereka dihidupkan di dunai ini sebagai khalifahNya. Rasulallah saw menjelaskan dalam sabdanya yang bermaksud:”Tiga perkara menyebabkan terasa kemanisan iman,Allah dan Rasul-nya hendaklah dicintai lebih daripada yang lain,mencintai manusia kerana Allah semata-mata dan benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana bencinya seseorang jika dicampakkan ke dalam api neraka”(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Begitu tingginya tahap kemanisan iman yang harus dicapai setiap umat Islam. Mukmin tersebut akan merasai betapa bahagianya hidup menjadi umat Islam yang beriman dan berada dalam ketenangan dan kedamaian,merasai keinginan dan kelazatan lidahnya dengan berzikir mengingati Allah swt. Al-Quran pula sebagai petunjuk yang sentiasa mendidik dan memberi pengajaran kepada semua manusia untuk dapat membentuk keimanan yang sempurna.Pendidikan iman manusia diterapkan sejak manusia mengenal perkara baik dan buruk. Iman mendidik manusia mengenal dan meyakini adanya perkara-perkara ghaib yang wajib dipercayai melalui rukun iman seperti percaya kepada hari akhirat,qada dan qadar seta syariat Islam. Keimanan antara lain memberi keyakinan bahawa manusia memerlukan pertolongan Allah dalam segala urusan duniawi dan ukhrawi. Iman memberi peringatan mengenai hukum Allah dan kewajipan mentaatinya.Iman mendidik manusia supaya mencintai Allah dan Rasulullah serta keluarganya(Ahlu Al-bait) dengan membiasakan diri dengan membaca al-quran. Iman memberi motivasi dengan semangat untuk terus tekun berusaha,supaya manusia tidak bergantung kepada takdir semata-mata untuk mencapai kejayaan hidup. Melalui iman yang mantap,ia akan mengingatkan manusia supaya tidak melupakan kepentingan hidup di akhirat ketika hidup di dunia ini. Firman Allah swt yang bermaksud;

”Dan carilah apa-apa yang dikurniakan Allah kepada(kebahagiaan)akhirat dan janganlah kamu melupakan kebahagian dari(nikmat)dunia dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik terhadapMu” (Al-Qasas:77)

Iman merupakan faktor paling penting yang mendidik dan membentuk sahsiah manusia yang teguh dan berakhlak mulia,berakal budi murni serta memperlihatkan teladan yang baik.

MENGINTAI REDHA ILAHI

Aku insan biasa HambaNya yang tak luput dari dosa Hidupku sentiasa dikelilingi dengan kejahilan Duniaku penuh dengan keseronokan Permulaan hidupku singgah di rahim bonda Sebelum aku dijejakkan ke duniaBanyak kelalaian yang aku temui di dunia Banyak juga berlaku dusta dan aniaya di dalamnya Kelalaian menyebabkan aku lupa padaNya Keseronokan hidup menjadikan aku seorang hamba yang alpa Sehingga apabila musibah melanda diri ini Barulah aku tersedar dari buaian mimpi palsu duniawi Selama ini, aku leka dari mengingatiNya Aku abaikan tanggungjawab ku sebagai seorang hamba Aku terlalu taksub dan cinta akan dunia Sehingga melupakan hari akhirat yang bakal menjelma Dosa dan noda telah menggelapkan hati Hanya pintu taubat sebagai penyembuh nurani Hidayah itu pemberian ILLAHI Mati itu suatu yang amat pasti Kini, aku insaf akan kejahilan diri ini Aku bertaubat pada Yang Maha Esa Aku ingin kembali ke pangkal jalan ILLAHI Jalan kebenaran yang membawa aku pada keredhaanNya Aku tak mahu lagi hidupku berlumuran dengan dosa Aku tahu, aku tak layak untuk ke syurgaMu Tetapi aku tak sanggup hendak menanggung seksa api neraka Ampunkanlah dosa-dosaku Masih adakah lagi secebis rahmat ILLAHI buat diri ini?? Masih adakah lagi ruang untuk aku mengintai redha ILLAHI?? Sesungguhnya hidupku ini takkan bererti dan bermakna Tanpa redha daripada Tuhan Yang Maha Kuasa Terimalah taubatku ya Tawwab..Ampunkanlah dosa-dosaku, ya Ghafur..Redhailah kehidupanku ya Allah..Semoga hidup dan matiku hanya untukMu..